Jumaat, 14 November 2008

Aku dan abaya (pakaian rasmi Bahrain)

Pertama sekali tengok abaya rasa berkenan. Bila survey2 kat the souq of Bahrain dan di Al-Hoora dapatlah disimpulkan harganya dari RM100-RM900. Ia bergantung kepada jenis kain dan kuantiti labuci, manik,batu2 dll. Pakaian ini aku rasa akan popular di M'sia. Ia sesuai dipakai oleh muslimah (ala-ala jubah). Aku survey untuk diriku dan aku rasa boleh pakai untuk kaum muslimah yang berminat.
The souq, Manama ni lebih kurang macam Jalan Masjid India, KL. Macam2 ada, ia terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya Gold Souq, Clothes Souq, Barang2 peralatan dapur & rumah, mainan kanak2, coklat, souvenir dll. Silap2 boleh sesat jalan dan terbeli barangan buatan M'sia.
Al-Hoora, Manama pula terletak di sebelah selatan Manama. Terdapat banyak pejabat2 kerajaan dan penduduk M'sia, sebab ramai antara mereka kerja dengan kerajaan Bahrain dan tinggal disini. Sewa rumah kawasan sini pun dah melambung tinggi gara2 ramai orang M'sia yang menyewa kat sini. Kedai abaya pun ada 2, 3 buah. Kat sini juga ada kedai runcit nama Rajanee yang ada jual daun kesum, serai, daun pandan, daun kaduk, beras siam dan banyak produk dari Thailand, cuma mahal sikit la dari M'sia.

Bersama ini aku sertakan gambar2 abaya untuk tatapan kaum muslimah, kalau berminat nak order pun boleh tolong belikan.



















Tiada ulasan: